Friday, September 26, 2008

HOW TO KNOW ME BETTER?


BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum...

Sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenali antara satu sama lain. Manusia dijadikan berbagai-bagai bangsa dan keturunan untuk saling kenal-mengenali.

Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujuraat, ayat ke-13 yang mahukan manusia berkenal-kenalan agar kita dapat mengenal-pasti, adakah kita ini sudah cukup semuanya? Cukup sempurna sifat dan akal fikiran? Cukup makan, pakaian dan tempat tinggal? Cukup harta benda dan kasih sayang? Namun apa yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang cukup bertaqwa. Nilaian inilah yang menjadi ukuran kehebatan manusia di sisi Tuhannya dan sepatutnya nilaian inilah yang menjadi ukuran bila mengenali seseorang. Seseorang yang bertaqwa itu menjadi cermin untuk kita menjadi mulia.Sesungguhnya Allah itu MAHA MENGETAHUI.

Sempena bulan Ramadan yang akan berakhir ini, saya ingin mengajak diri saya dan sahabat semua, agar saling mengenali antara kita semua,untuk melihat, adakah kita ini sudah cukup mulia? Apakah nilaian kemuliaan kita selama ini? Kaya? Harta banyak? Wang bertimbun? Isteri yang cun? Suami yang hensem? TAQWA??? Marilah kita renung kembali ayat Allah yang ke-183 dalam surah Al-Baqarah.

Suruhan berpuasa pada bulan Ramadan ini sebenarnya adalah satu sesi persekolahan kita untuk mencapai kemuliaan tersebut.

Sepatutnya apabila tamat sesi ini, kita sudah menjadi insan yang mulia di sisi Allah! Sudahkah kita??

Semoga kita antara orang2 yang MULIA.

Ameen...

SO, to know me better, click AZAHARI

2 comments:

Aku said...

alhamdulillah akhirnya org yg berilmu mcm u dah mula menjadi 'al katib'.jgn biarkan mrk yg kurang berilmu dan hikmah menguasai dunia blog, sebaiknya ada check & balance bagi mrk yg mengetahui.satu langkah permulaan yg baik.akhirnya u sudah bertamaddun dgn mengikuti jejak langkah i sbg first batch yg inspirational kehkehkeh.

Bayang said...

Alhamdulillah... I kan Smaklian. Tak jauh bezanya i dan u. Tetapi ada different antara kita. I lebih dulu berbakti kepada madrasah dan guru yang membentuk i menjadi al katib. U berbakti pun atas ruang yang i buka... hahaha. Agaknyalah.. i dulu yang akan masuk syurga dan bertemu muallim agung nabi Muhammad... berdasarkan track record yang sedia ada...nanti i jugak kot yang akan sediakan ruang tu keh keh keh