Saturday, October 4, 2008

PERJALANAN ZIARAHKU

Perjalanan ziarahku kali ini amat berbaloi. Seawal cuti pada Sabtu lepas, aku telah mulakan perjalanan ke Lumut, Perak. Rumah Cik Bat (makcik isteriku). Rumahnya semi-D yang sangat selesa, lengkap dengan kemudahan internet dan mesin urut Ogawa. Hari2 aku berurut dengan mesin Malaysia bernama Jepun ini. 

Ramai yang tak tau, mesin urut ni sebenarnya adalah milik 100% rakyat Malaysia (totally Malaysian Company). Tak ada kene mengena dengan Jepun. Kalau kita pegi Jepun, tak ada pun Mesin OGAWA ni. Walaubagaimanapun, aku tetap respek sama ini Tuan Wong Lee Keong (Ogawa's Founder). Really brilliant chinese guy! Kalau kita beli jenama berbahasa melayu seperti, PROTON, RUSA dan lain2, mungkin nampak tak standard, tapi kalau beli jenama Mitsubishi, Honda dll... waah... elegen, kaya dll. Itulah rakyat Malaysia. Bukan sahaja dijajah orang putih, orang Asia pun jajah jugak!! Sedih2. Itulah hakikatnya. Peluang ini Tuan Wong Lee Keong gunakan dengan menjauhkan diri dari jenama berbahasa melayu, sebaliknya memilih jepun (agaknya jepun hebat dalam barangan elektrik) untuk branding produk elektriknya. Anyway, congrats..!

Bukan OGAWA yang nak diceritakan. Tapi perjalananku sepanjang cuti raya ini. Aku sempat berbuka puasa di Lumut. Ternyata Cik Bat dan Family tidak lokek dalam menjamu tetamu yang berbuka di rumahnya. Cik Bat dan Cik Jai (Husband) memang suka dan pandai memasak. Kalau aku ke rumahnya, sudah pasti pelbagai juadah yang dihidangkan. Masakannya...fuii.. SUPERB!

Inilah kelebihan Malaysia. Dalam kita menghadapi krisis ekonomi, harga minyak melambung dll, kita masih mampu makan apa yang kita inginkan. Aku terfikir rakyat negara2 miskin di seluruh dunia. Somalia, Sudan dll. Apa agaknya makanan mereka ketika berbuka?? 

Keesokan paginya aku ke Kedah. Hendak menziarahi tok saudara yang tenat di hospital. Aku ke sana dengan Cik Bat, Cik Jai, Pakteh, Makteh, Ika dan my family. Kami naik Unser. Sepanjang2 perjalanan ke Alor Setar dari Lumut, kami singgah di 2 buah rumah. Seorang merupakan bapa saudara, pengusaha bahulu (favourite aku jugak nih) yang tinggal di kawasan sawah padi. Seorang lagi tok saudara, seorang bekas polis. Banyak yang aku timba di sana. Sawah padi tak menghijau tapi menghitam dek sedang dibajak pesawah. Nasib baik ada lagi yang nak membajak. Kalau takder, kebulurla kita nak makan nasi. Ngimpot jela nampak gayanya. Khabar gembira kata pak sedara tu, subsidi semua naik untuk pesawah yang ada bendang. Harap2 kekallah subsidi tuh. Tidak, tak minat la orang nak membajak!
Bersambung...


Nilai Kasihmu - Azahari Nowseeheart