Thursday, July 21, 2011
Saturday, October 4, 2008
PERJALANAN ZIARAHKU
Monday, September 29, 2008
AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Friday, September 26, 2008
HOW TO KNOW ME BETTER?
Assalamualaikum...
Sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenali antara satu sama lain. Manusia dijadikan berbagai-bagai bangsa dan keturunan untuk saling kenal-mengenali.
Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujuraat, ayat ke-13 yang mahukan manusia berkenal-kenalan agar kita dapat mengenal-pasti, adakah kita ini sudah cukup semuanya? Cukup sempurna sifat dan akal fikiran? Cukup makan, pakaian dan tempat tinggal? Cukup harta benda dan kasih sayang? Namun apa yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang cukup bertaqwa. Nilaian inilah yang menjadi ukuran kehebatan manusia di sisi Tuhannya dan sepatutnya nilaian inilah yang menjadi ukuran bila mengenali seseorang. Seseorang yang bertaqwa itu menjadi cermin untuk kita menjadi mulia.Sesungguhnya Allah itu MAHA MENGETAHUI.
Sempena bulan Ramadan yang akan berakhir ini, saya ingin mengajak diri saya dan sahabat semua, agar saling mengenali antara kita semua,untuk melihat, adakah kita ini sudah cukup mulia? Apakah nilaian kemuliaan kita selama ini? Kaya? Harta banyak? Wang bertimbun? Isteri yang cun? Suami yang hensem? TAQWA??? Marilah kita renung kembali ayat Allah yang ke-183 dalam surah Al-Baqarah.
Suruhan berpuasa pada bulan Ramadan ini sebenarnya adalah satu sesi persekolahan kita untuk mencapai kemuliaan tersebut.
Sepatutnya apabila tamat sesi ini, kita sudah menjadi insan yang mulia di sisi Allah! Sudahkah kita??
Semoga kita antara orang2 yang MULIA.
Ameen...