Monday, September 29, 2008

AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah PBUH ketika menyambut Hari Raya:

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya

2. Memakai bau-bauan yang wangi (lelaki)

3. Memakai pakaian yang paling baik 

4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri (Nabi mkn tamar bil dlm ganjil)

5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri 

6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain. 

7. Bertakbir pada Hari Raya

8. Memberi ucapan Pada Hari Raya  تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ  
  
9. Solat Hari Raya


Selamat Beramal...

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua. Tahun ini saya akan beraya di Setiawan Perak. Kampung halaman abah saya. Datuk sudah lama tiada. Nenek tinggal dengan mak uda di kampung. Masih ramai lagi mak dan bapa saudara di sini. Sepupu sepapat pun ada. Meriah sikit berhari raya di sini. Berbanding di KL.

Anyway... SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN




Friday, September 26, 2008

HOW TO KNOW ME BETTER?


BismillahirRahmanirRahim.

Assalamualaikum...

Sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk mengenali antara satu sama lain. Manusia dijadikan berbagai-bagai bangsa dan keturunan untuk saling kenal-mengenali.

Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujuraat, ayat ke-13 yang mahukan manusia berkenal-kenalan agar kita dapat mengenal-pasti, adakah kita ini sudah cukup semuanya? Cukup sempurna sifat dan akal fikiran? Cukup makan, pakaian dan tempat tinggal? Cukup harta benda dan kasih sayang? Namun apa yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang cukup bertaqwa. Nilaian inilah yang menjadi ukuran kehebatan manusia di sisi Tuhannya dan sepatutnya nilaian inilah yang menjadi ukuran bila mengenali seseorang. Seseorang yang bertaqwa itu menjadi cermin untuk kita menjadi mulia.Sesungguhnya Allah itu MAHA MENGETAHUI.

Sempena bulan Ramadan yang akan berakhir ini, saya ingin mengajak diri saya dan sahabat semua, agar saling mengenali antara kita semua,untuk melihat, adakah kita ini sudah cukup mulia? Apakah nilaian kemuliaan kita selama ini? Kaya? Harta banyak? Wang bertimbun? Isteri yang cun? Suami yang hensem? TAQWA??? Marilah kita renung kembali ayat Allah yang ke-183 dalam surah Al-Baqarah.

Suruhan berpuasa pada bulan Ramadan ini sebenarnya adalah satu sesi persekolahan kita untuk mencapai kemuliaan tersebut.

Sepatutnya apabila tamat sesi ini, kita sudah menjadi insan yang mulia di sisi Allah! Sudahkah kita??

Semoga kita antara orang2 yang MULIA.

Ameen...

SO, to know me better, click AZAHARI